Tentang Kami

Latar Belakang

Pusat Hemodialisis SJAMK ialah sebuah pusat dialisis swasta yang beroperasi di Pasir Mas, Kelantan. Kami memberi tumpuan kepada rawatan hemodialisis yang selamat, teratur dan mampu diakses oleh komuniti setempat.

Misi

Menyediakan rawatan hemodialisis yang berkualiti dan berperikemanusiaan kepada pesakit buah pinggang di Kelantan.

Visi

Menjadi pusat hemodialisis pilihan utama di Pantai Timur dari segi keselamatan dan layanan pesakit.

Pesakit menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Hemodialisis SJAMK

Nilai Kami

Keselamatan pesakit didahulukan

Layanan mesra dan hormat

Ketelusan dalam kos dan proses

Penambahbaikan berterusan

Pensijilan & Pematuhan

Pusat ini berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (No. Lesen: 930304‑00636‑08/⁠2025) dan mensasarkan pematuhan standard kualiti MSQH.

Ada soalan tentang rawatan atau pengangkutan? Hubungi kami melalui WhatsApp.